Mat: Assalamualaikum, din.
Din: wa'alaikumussalam, oh mat. ape cite?
Mat: urm, cite pe nye time-time exam ni cite study jela..
Din: ala relek ar mat, kau kan dah pandai tak yahla study sangat..buat biasa sudah..
Mat: memangla boleh buat biasa je tapi aku risau jugak kalau tak dapat best sem ni.
Din: urm yela aku paham tapi aku nasihatkan janganlah asyik study sampai abaikan tanggungjawab kau..
Mat: tanggungjawab? ape maksud kau? study ni kan tanggungjawab aku, mane ade aku abaikan..
Din: sekarang ni aku jarang nengok ko kat surau.yela mane tak nye asyik duduk kat bilik je study..
Mat: alamak din, aku bukan tak nak pegi surau tapi yela pada aku bila solat jemaah tu lama sangat nk tunggu,kalo aku solat sorang baru 5 minit. pastu aku da bleh start study smula.kalau jemaah ni nak kena tunggu orang lain datang, lambatla..
Din: ish mat janganla cam tu mat, kalau nak dapat dunia kita kena kejar akhirat dulu.kau lupa ke segala rezeki yang kita dapat kat dunia ni Allah yang bagi.memang aku tahu dan yakin kalau kita berusaha kita mesti dapat tapi kalau usaha tak disertakan dengan doa dan tawakal pun tak jadi jugak.
Mat: Alah din,aku tak solat jemaah time exam je,nanti bile da abis exam ak solatla jemaah semula.lagi pun aku tiap-tiap hari buat solat hajat.
Din: Mat, yang wajib tu lagi afdal dibuat berbanding yang sunat. aku tahu kau nak yang terbaik untuk exam sem ni tapi jangan sampai dunia tak dapat akhirat keciciran..bahaya tu mat..
Wahai sahabat, itulah lumrah pelajar di ambang peperiksaan. mungkin ada yang sudah bersedia tapi ada juga yang tidak bersedia. bukan mereka tak bersedia sebab tak study atau melakukan aktiviti yang tak berfaedah akan tetapi mereka tidak bersedia dari segi minda orang yang berjaya. orang yang berjaya mereka akan memandang ke hadapan dengan lebih jauh berbanding orang yang kurang berjaya hanya akan memandang matlamat pada jarak yang sederhana. prinsip orang yang berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari seterusnya lebih baik dari hari yang sebelumnya. sahabat-sahabatku, janganlah dek kerana exam akhirat diabaikan. belajar kerana Allah dengan harapan mendapat ilmu yang bermanfaat dan diberkati. sijil hanyalah alat pengukur pencapaian dunia akan tetapi tiket untuk ke akhirat segala amalan soleh didunia yang tidak disangka-sangka, syurga abadi itu jauh lebih hebat dari segala jenis kejayaan didunia ini..fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
semoga berjaya!Allahumaftah alaik!!!amin....
Monday, December 26, 2011
Wednesday, November 2, 2011
katakan tak nak pada 'couple'
Kenapa tak boleh couple ke? ala couple je bukan buat maksiat pun. Kitorang couple islamikla tak pegang-pegang pun, duduk berdua-duaan pun tak pernah. Janganlah ingat orang yang couple ni semuanya salah.
Itulah manusia. Kadangkala soalan yang ditanya, mereka sendiri yang menjawabnya. Betul ke couple ni haram? jawapannya mudah, tepuk dada tanya iman anda! mukmin yang sejati dan taat apabila hatinya diketuk oleh apa sekalipun ia akan tetap teguh dan setia pada pendiriannya. memang benar hati ini sentiasa berbolak balik oleh arus kehidupan dunia tapi di mana letaknya iman sekiranya kita terlalu mudah kecundang? Firman Allah mafhumnya: 'janganlah kamu mendekati zina,kerana ia akan membawa kamu ke lembah kehinaan dan kehancuran'. sebagai manusia yang mempunyai akal yang sempurna, kita pasti dapat menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan itu bukan? mengapa Allah meletakkan perkataan janganlah pada ayat itu? Allah menjadikan manusia supaya berbuat yang ma'aruf dan meninggalkan yang mungkar. apabila Allah meletakkan janganlah, itu telah menunjukkan satu suruhan dan larangan. ayat yang sangat hebat dari sudut maknanya yang tersurat dan tersirat. walaubagaimana pun kita janganlah menjadikan perkara itu sebagai satu senda gurau. sebenarnya ayat ini sangat sinonim dengan kehidupan kita. ayat yang mudah disebut tapi sukar untuk diamalkan dan dihayatinya. Allahu Akbar! dunia hari ini terlalu sakit. manusia hari ini sangat jahil dan daif. gejala zina berleluasa dengan bukti yang terlihat, anak-anak kecil di buang, dicampak, ditanam, dibunuh. apa dosa mereka? merekakah yang berzina? merekakah yang berdosa? sungguh kejam manusia hari ini dengan ketandusan ilmu agama bahkan lebih teruk orang yang berilmu sendiri melakukannya..wa'iyazubillah. islam mengharamkan couple bukanlah untuk menyekat fitrah manusia. bukan untuk menyeksa batin umatnya tapi untuk mempertahankan syariat Allah s.w.t. Ingatlah sahabat-sahabat janganlah risau andai kalian tidak mendapat gelaran girlfriend/ boyfriend orang, janganlah malu berada dalam kalangan orang yang berpunya dan janganlah takut andai diri tidak laku seperti dalam lagu wali itu. Janji Allah pasti terpatri ' perempuan yang baik hanyalah dijodohkan dengan lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya'. Bukan mudah menjadi insan yang soleh dan solehah seperti para syuhada' yang dijanjikan syurga akan tetapi ianya sukar didunia, diakhirat syafaat menanti..Insyaallah..amin..

Tuesday, October 25, 2011
Cerita zaman sekolah
Assalamualaikum...
Hai jumpa lagi sahabat-sahabat yang sentiasa dalam keadaan ceria. walaupun kadang-kadang stress dengan assignment tapi saya percaya dan yakin para sahabat mesti boleh tangani rasa stress tu kan? kalo rasa stress ingat Allah selalu. Percayalah dengan mengingati Allah hati pasti rasa tenang. Baiklah sahabat2 sebenarnya berkenaan dengan tajuk saya hari ni nak cerita pasal pengalaman sekolah dulu. Cerita ni mungkin akan memberikan macam2 persepsi sahabat2 pada saya tapi saya tak kisah sebab saya adalah saya yang sekarang dan insyaallah akan terus menjadi diri saya sampai bila2. Saya hanyalah seorang budak perempuan yang biasa. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana akan tetapi saya bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati dan seluruh anggota tubuh ibu dan ayah saya untuk dimasukkan ke sebuah sekolah yang sangat luar biasa.
Madrasah Arabiah Kluang (MAK) itulah nama sekolah saya. Ianya terletak ditengah2 bandar kluang dan berada di atas bukit yang boleh melihatkan permandangan yang cukup indah pada waktu malam. MAK sebuah sekolah yang sangat unik. mengapa? kerana ia merupakan sebuah sekolah yang telah mengajar saya erti hidup beragama. Walaupun saya bukanlah seorang yang alim dan warak akan tetapi ilmu yang saya pelajari di MAK tak akan saya lupa dan sentiasa saya jadikan ia sebagai bekalan untuk hadapi hari yang mendatang. Selama 5 tahun berada di bumi barakah MAK saya merasakan seperti dalam penjara. Penjara dunia bagi orang yang benar2 dijaga setiap perlakuannya. Dijaga dari segala kemaksiatan hati, mata, telinga, tangan dan seluruhnya. jangalah terkejut walaupun MAK sebuah sekolah agama yang dihuni oleh pelajar lelaki dan perempuan akan tetapi percaya atau tidak kami tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. segala pergerakan kami disekat dan dikawal untuk mengelak dari diundang fitnah yang ibarat duri walaupun kita tidak menyentuhnya tapi seolah-olah terasa sakit. Ustazah2 dan ustaz2 banyak mengajar kami tentang adab. Bagaimana adab kami terhadap guru, sekolah, kitab (buku) dan macam2 lagi adab yang kadangkala kita merasa ia tidak penting akan tetapi sebenarnya ia sangat mempengaruhi keberkatan ilmu yang kita pelajari. Mudir (Al-fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said) selalu mengingatkan kami tentang keberkatan, sekiranya ilmu yang kita pelajari tidak berkat maka sia-sialah apa yang kita belajar dan ia mungkin tidak kekal lama. Bak kata pepatah arab 'Al-ilmu fi sudur laisa fi kutub' (ilmu itu letaknya dihati bukan pada buku). Seronok mengenangkan kisah zaman sekolah, walaupun ada pahit dan manisnya akan tetapi apabila kita melangkah keluar dari alam persekolahan barulah terasa keindahannya yang dahulu kita sering mengabaikannya. Bukanlah niat saya untuk mengagung-agungkan sekolah sendiri akan tetapi sebagai seorang pelajar kita seharusnya mempunyai perasaan cinta dan sayang terhadapnya. Setiap ilmu yang kita tuntut harus di amalkan. Pepatah arab ada menyatakan ' Al-ilmu bila amalin kasy syajari bila thamarin' (ilmu yang tidak di amalkan umpama pokok yang tidak berbuah).
Sahabat2 pasti ada pengalaman yang lebih menarik kan tentang sekolah kalian? kongsilah cerita dan berilah komen mungkin boleh menambahkan semangat belajar. siapa tahu? kerana pintu hati kita dikawal oleh Allah sekiranya Dia tidak menggerakkannya mungkin kita tidak sempurna sebagai insan yang bergelar pejuang-pejuang agama.
Man Ansarullah?(siapa penolong Allah) Nahnu Ansarullah! (kami penolong Allah).
Wallahu a'lam..

Monday, October 24, 2011
Buka bicara
Assalamualaikum..
Salam kepada semua yang sudi membuka blog ini. Buka bicara untuk blog yang baru sahaja di lancarkan moga sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya. Dengan izin Allah s.w.t Insyaallah saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang terlalu kecil kepada anda. Sekadar untuk memberi peringatan kepada umat islam dan diri saya sendiri. Dunia hari ini terlalu daif dan miskin. Mari kita perkecilkan skop kita, menerjah ke halaman bumi negara tercinta Malaysia yang mana walaupun negara tampak kaya dan membangun akan tetapi mengapa ia miskin? kerajaan mengeluarkan pelbagai dasar kepada rakyat untuk kepentingan sejagat. Menjaga kebajikan rakyat dan prihatin terhadap kehidupan rakyat akan tetapi mengapa mereka masih dalam keadaan daif? Masyaallah terlalu besar nikmat Allah dan agung kekuasaanNya tapi kita sering kali mengabaikan dan kurang bersyukur. Miskin dalam erti kata miskin ilmu dan daif sebagai disifatkan daif tentang agama. Saya memfokuskan tulisan ini kepada umat islam di zaman ini yang tidak kira dimana mereka berada walau apapun keturunan bangsa mereka dan dari mana asalnya tempat kelahiran mereka, yang penting kita adalah 1 ummah yang berpegang teguh pada 1 aqidah.
Insyaallah akan saya lanjutkan perkongsian ini pada sesi seterusnya..moga dapat mengikutinya dengan sabar dan redha..

Subscribe to:
Posts (Atom)