Sunday, March 18, 2012

Rawat software cantikkan hardware!

Assalamualaikum...para pembaca yang dimuliakan...

software: spiritual, akal, hati (perasaan)
hardware: jasad
     
     Semua orang di dunia ni nak jadi baik. tak kiralah orang tu bangsa apa, agama apa mesti mereka nak jadi orang yang baik. tak ada satu agama pun dalam dunia ni yang ajar pengikutnya untuk jadi orang jahat. kalau kecil-kecil dulu cikgu tanya, dah besar nanti awak nak jadi apa? mesti semuanya nak jadi orang yang hebat. ada yang nak jadi doktor,engineer,peguam,dan macam-macam lagilah. tak ada pun yang cakap nak jadi penyamun ke,penagih atau peragut. semua tu sebab fitrah manusia. Allah jadikan manusia ni fitrahnya memang sebagai seorang yang baik. ni menunjukkan Allah tu maha Adil. Dia tak bezakan pun, kalau orang Islam mesti baik, orang kafir pula jahat.
     Apa yang ingin saya highlight disini berkenaan dengan sikap manusia masa kini. zaman demi zaman silih berganti. dunia akhir zaman ni semakin pelik dan aneh. kenapa? dunia akhir zaman tu tak pelik tapi apa yang peliknya manusia yang hidup zaman ni. mereka seolah-olah telah kembali pada era zaman dahulu, zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. disini saya ingin tekankan kepada umat Islam khususnya bangsa melayu yang semakin hilang arah dan hala tujunya. mereka umpama boneka yang hanya statik dan tidak dapat melakukan apa-apa. bangsa melayu hari ini tiada matlamat dan agenda hidup. saya minta maaf sekiranya apa yang saya perkatakan ini agak serius dan membuatkan sebilangan orang yang marah, akan tetapi ini juga peringatan buat diri penulis.
     kenapa umat islam yang berbangsa melayu khususnya tiada agenda hidup? sebagai seorang mahasiswa, saya lebih suka untuk bercakap dalam konteks mahasiswa itu sendiri. mahasiswa hari ini lebih gemar mengejar cita-cita jangka pendek. setiap hari rutin hidup mereka pergi kuliah, makan, tidur, facebook, twitter, skype, baca buku dan menonton movie. kalau tidak pun hujung minggu mereka akan hang out bersama kawan-kawan untuk mereleasekn tension katanya. tension?! perlu ke kita merasakan tension dengan kehidupan yang serba mewah dan indah seperti itu? berbanding orang lain khususnya sahabat-sahabat seIslam di Syria, Palestin mereka merana tiada makanan, tempat tinggal dan hidup mereka tidak aman kerana hampir setiap hari mendengar bunyi letupan dan berita kematian. ya Allah, sanggup kita bahagia diatas kesengsaraan orang lain? walaupun kita jauh daripada mereka, sudah lupakah kalian umat Islam mempunyai senjata yang sangat hebat dan canggih dari machine gun, bom dan juga kereta kebal zionis iaitu doa?
    sahabat, hidup kita ada penghujung mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin dua ke tiga jam lagi nyawa kita akan melayang. sudahkah cukup amalan yang kita lakukan? sudahkah kita bersedia untuk dikafankan, dikebumikan dan di soal oleh malaikat mungkar dan nakir? ramai yang menyatakan kehidupan dunia hanya sebentar dan yang kekal diakhirat. ya memang betul, itu bukan kata-kata kebanyakan orang tetapi itu adalah kata-kata Allah di dalam al-quran. sejauhmanakah kita merasakan dunia ini sementara walhal kita masih mengejar kemewahan dan harta dunia? tidakkah kita merasa ingin melihat syurga Allah? atau mungkin pernah terfikir tetapi tidak pernah berusaha untuk mendapatknnya umpama menunggu makanan yang disuapkan ke mulut.
   Bangkitlah wahai umat!!!
   masa tidak menunggumu.
   kawan-kawan disekeliling hanya melihat jasadmu mereka tidak dapat menolong rohmu.
   marilah islah diri, baiki diri, selami diri, muhasabah diri semoga kita tidak terus alpa sehingga nafas yang    terakhir.