Monday, February 27, 2012

Basahkan lidahmu dengan Kalamullah...

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat juga saya meluangkan masa untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan sahabat semua. rindu dengan sahabat-sahabat kerana Allah. rindu juga pada blog sejenak selami jiwa kerana tidak dapat berbulan madu bersamanya sejak kebelakangan ini. 
     Sahabat, hidup ini umpama mimpi yang hanya seketika indahnya di alam fantasi lena yang membuai. kadangkala ramai manusia yang alpa bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. seperti fiman Allah dalam surah al-Ankabut: 64, yang bermaksud " ...dan kehidupan manusia di dunia hanya permainan dan senda gurau. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya. sekiranya mereka mengetahui."  jelas Allah menunjukkan dalam ayat ini bahawa tiada tempat yang kekal abadi melainkan akhirat. saya berasa sangat kesal dengan umat Islam hari ini kerana keterlanjuran yang mereka lakukan hanya akan menempah kecelakaan kepada diri mereka sendiri. mungkin apa yang dilakukan itu merupakan satu perkara yang menyeronokkan akan tetapi sejauh manakah keseronokan itu dirasai?
      Ada seorang sahabat pernah bertanya kepada saya, benarkah kiamat berlaku pada 2012? masyaAllah lidah saya terkelu untuk menjawabnya. Hanya Allah yang tahu kebenarannya. bahkan Nabi s.a.w sendiri juga tidak tahu bilakah kiamat itu akan berlaku. Allah juga ada berfirman sekiranya kamu (Muhammad) ditanya bilakah kiamat itu akan berlaku, katakanlah hanya Allah yang tahu rahsia itu. Benar kita wajib beriman kepada hari kiamat kerana itu merupakan salah satu daripada rukun iman dan kita juga wajib beriman kepada alam ghaib. bukankah kiamat itu perkara ghaib? akan tetapi Allah menyuruh kita percaya dan yakin bukan untuk mengkaji dan menunggu kiamat itu tanpa apa-apa bekalan yang kita harus bawa untuk mengadap Allah di akhirat kelak.
     Sahabat-sahabat di sini saya mahu kongsikan satu kata-kata yang saya dapat daripada seorang ustaz di sekolah menengah dahulu, Madrasah Arabiah Kluang (MAK). ustaz ini seorang yang sangat garang dalam kalangan pelajar lelaki kerana beliau sangat tegas dalam soal disiplin. Ustaz Abdul Rahim Yacob merupakan guru disiplin di MAK pada tahun 2006 dan 2007 kalau saya tidak silap. beliau sering berucap di tajammuk (perhimpunan) pada setiap hari isnin di sekolah, di kawasan yang dipanggil dataran Ibnu Khaldun. Satu kata-kata yang ringkas tetapi sangat bermakna yang saya ambil dan praktikkan dalam kehidupan saya. ucapan beliau, " bacalah al-quran walaupun satu ayat pada setiap hari dan celakalah pada keseluruhan harinya bagi sesiapa yang tidak membaca al-quran pada hari itu." saya sangat tersentap dengan kata-kata itu. ketika itu saya di tingkatan empat. maksud bacalah al-quran walaupun satu ayat itu bukanlah bacaan di dalam solat akan tetapi bacaan al-quran yang memang kita khususkan masa untuk membacanya. satu ayat yang dibaca dalam surah-surah al-quran itu mendapat pahala yang besar disisi Allah apatah lagi kalau sekiranya kita membacanya dalam jumlah yang banyak. MasyaAllah sayangnya Allah kepada kita.
     Mungkin ada yang menyatakan, "saya tidak pandai mengaji. ustaz cakap kalau mengaji tidak mengikut tajwid berdosa." Sahabat-sahabat, Allah itu maha Pengampun. Dia tahu kelemahan hamba-hambanya. janganlah risau andai diri tidak tahu mengaji,janganlah bimbang andai diri berdosa sekiranya tersalah membaca al-quran. bahkan kesalahan tidak membaca al-quran itu lebih besar berbanding membacanya dengan tajwid yang salah. pernahkah kita terfikir berapa banyak dosa yang kita lakukan seharian tanpa memikirkan al-Khaliq  (Allah). pernahkah apabila kita membuat sesuatu maksiat seperti mengumpat, kita memikirkan tentang dosa sedangkan ianya memang jelas berdosa. Allah juga ada berfirman tentang manusia yang mengumpat umpama memakan daging/bangkai saudaranya sendiri. sungguh jijik bukan?tapi berapa ramai manusia yang bergosip sana sini dan membuka aib orang lain. bayangkan berapa banyak bangkai saudara kita yang telah kita mamah? masyaAllah, na'uzubillah..
      Sahabat-sahabat, marilah kita bersama-sama mengimarahkan al-quran walau dimana kita berada. sama ada di rumah, kolej, hatta semasa travel pun kita mesti membawa al-quran bersama. membawa al-quran dan membaca serta menghayati isi kandungannya. al-Quran adalah ayat-ayat cinta daripada Allah. ramai yang ber'couple' tak henti-henti membaca dan mengulang kata-kata yang diberikan oleh kekasihnya sama ada melalui emel, fb atau sms. sungguh bahagia apabila membaca kata-kata tersebut akan tetapi mengapa rasa bahagia itu tiada semasa membaca ayat-ayat cinta Allah? bukankah Allah itu lebih tinggi dari segala-galanya yang ada dibumi ini. Allah ada berfirman, " janganlah kamu mencintai anak-anak kamu,isteri/suami kamu,harta benda kamu,dan segala nikmat dunia ini lebih dari kamu mencintai Allah. maka celakalah bagi sesiapa yang berbuat demikian." carilah guru yang dapat membantu kita untuk mahir membaca al-quran. kalau takut tersalah,minta sahabat-sahabat yang boleh mendengar bacaan kita. jangan malu,jangan segan sebab dalam menggapai cinta dan redha Allah kita tidak perlu malu kerana malu itu tidak akan membantu kita sedikitpun. bahkan kita pula akan ditanya di akhirat nanti mengapa kita tidak mahu berusaha mencari guru dan bertadarus..
     Akhir kalam, al-quran itu indah dan tiada yang lebih indah darinya. janji-janji Allah itu benar dan tiada yang lebih benar dalam menabur janji selainNya. percayalah pada janji manis Allah melalui Al-quran kerana ia datang dari Luh Mahfuz, satu tempat yang tidak akan ada manusia biasa yang tahu bagaimana rupanya tempat tersebut. segala perkara ghaib yang datang tanpa sebab (seperti tiada kesan tentang ciptaannya,akan tetapi Allah lah yang maha Tahu segalanya) asalnya dari tempat rahsia Allah ta'ala.

JOM BACA QURAN!!!

     
      

2 comments:

  1. assalamu'alaikum...try tgk perenggan 2 baris 4.. mungkin saudari tersalah tekan kot.. kalo saudari betul, maaf ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..asif mmg trsalah..typing error..sy da edit smle..syukran krna mnegur..=)
      smge mndapat mnfaat drpdnya..

      Delete