Tuesday, October 25, 2011

Cerita zaman sekolah

Assalamualaikum...

Hai jumpa lagi sahabat-sahabat yang sentiasa dalam keadaan ceria. walaupun kadang-kadang stress dengan assignment tapi saya percaya dan yakin para sahabat mesti boleh tangani rasa stress tu kan? kalo rasa stress ingat Allah selalu. Percayalah dengan mengingati Allah hati pasti rasa tenang. Baiklah sahabat2 sebenarnya berkenaan dengan tajuk saya hari ni nak cerita pasal pengalaman sekolah dulu. Cerita ni mungkin akan memberikan macam2 persepsi sahabat2 pada saya tapi saya tak kisah sebab saya adalah saya yang sekarang dan insyaallah akan terus menjadi diri saya sampai bila2. Saya hanyalah seorang budak perempuan yang biasa. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana akan tetapi saya bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati dan seluruh anggota tubuh ibu dan ayah saya untuk dimasukkan ke sebuah sekolah yang sangat luar biasa.
 Madrasah Arabiah Kluang (MAK) itulah nama sekolah saya. Ianya terletak ditengah2 bandar kluang dan berada di atas bukit yang boleh melihatkan permandangan yang cukup indah pada waktu malam. MAK sebuah sekolah yang sangat unik. mengapa? kerana ia merupakan sebuah sekolah yang telah mengajar saya erti hidup beragama. Walaupun saya bukanlah seorang yang alim dan warak akan tetapi ilmu yang saya pelajari di MAK tak akan saya lupa dan sentiasa saya jadikan ia sebagai bekalan untuk hadapi hari yang mendatang. Selama 5 tahun berada di bumi barakah MAK saya merasakan seperti dalam penjara. Penjara dunia bagi orang yang benar2 dijaga setiap perlakuannya. Dijaga dari segala kemaksiatan hati, mata, telinga, tangan dan seluruhnya. jangalah terkejut walaupun MAK sebuah sekolah agama yang dihuni oleh pelajar lelaki dan perempuan akan tetapi percaya atau tidak kami tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. segala pergerakan kami disekat dan dikawal untuk mengelak dari diundang fitnah yang ibarat duri walaupun kita tidak menyentuhnya tapi seolah-olah terasa sakit. Ustazah2 dan ustaz2 banyak mengajar kami tentang adab. Bagaimana adab kami terhadap guru, sekolah, kitab (buku) dan macam2 lagi adab yang kadangkala kita merasa ia tidak penting akan tetapi sebenarnya ia sangat mempengaruhi keberkatan ilmu yang kita pelajari. Mudir (Al-fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said) selalu mengingatkan kami tentang keberkatan, sekiranya ilmu yang kita pelajari tidak berkat maka sia-sialah apa yang kita belajar dan ia mungkin tidak kekal lama. Bak kata pepatah arab 'Al-ilmu fi sudur laisa fi kutub' (ilmu itu letaknya dihati bukan pada buku). Seronok mengenangkan kisah zaman sekolah, walaupun ada pahit dan manisnya akan tetapi apabila kita melangkah keluar dari alam persekolahan barulah terasa keindahannya yang dahulu kita sering mengabaikannya. Bukanlah niat saya untuk mengagung-agungkan sekolah sendiri akan tetapi sebagai seorang pelajar kita seharusnya mempunyai perasaan cinta dan sayang terhadapnya. Setiap ilmu yang kita tuntut harus di amalkan. Pepatah arab ada menyatakan ' Al-ilmu bila amalin kasy syajari bila thamarin' (ilmu yang tidak di amalkan umpama pokok yang tidak berbuah).
Sahabat2 pasti ada pengalaman yang lebih menarik kan tentang sekolah kalian? kongsilah cerita dan berilah komen mungkin boleh menambahkan semangat belajar. siapa tahu? kerana pintu hati kita dikawal oleh Allah sekiranya Dia tidak menggerakkannya mungkin kita tidak sempurna sebagai insan yang bergelar pejuang-pejuang agama.
Man Ansarullah?(siapa penolong Allah) Nahnu Ansarullah! (kami penolong Allah).
Wallahu a'lam..



Monday, October 24, 2011

Buka bicara

Assalamualaikum..

Salam kepada semua yang sudi membuka blog ini. Buka bicara untuk blog yang baru sahaja di lancarkan moga sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya. Dengan izin Allah s.w.t Insyaallah saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang terlalu kecil kepada anda. Sekadar untuk memberi peringatan kepada umat islam dan diri saya sendiri. Dunia hari ini terlalu daif dan miskin. Mari kita perkecilkan skop kita, menerjah ke halaman bumi negara tercinta Malaysia yang mana walaupun negara tampak kaya dan membangun akan tetapi mengapa ia miskin? kerajaan mengeluarkan pelbagai dasar kepada rakyat untuk kepentingan sejagat. Menjaga kebajikan rakyat dan prihatin terhadap kehidupan rakyat akan tetapi mengapa mereka masih dalam keadaan daif? Masyaallah terlalu besar nikmat Allah dan agung kekuasaanNya tapi kita sering kali mengabaikan dan kurang bersyukur. Miskin dalam erti kata miskin ilmu dan daif sebagai disifatkan daif tentang agama. Saya memfokuskan tulisan ini kepada umat islam di zaman ini yang tidak kira dimana mereka berada walau apapun keturunan bangsa mereka dan dari mana asalnya tempat kelahiran mereka, yang penting kita adalah 1 ummah yang berpegang teguh pada 1 aqidah.
Insyaallah akan saya lanjutkan perkongsian ini pada sesi seterusnya..moga dapat mengikutinya dengan sabar dan redha..