Kenapa tak boleh couple ke? ala couple je bukan buat maksiat pun. Kitorang couple islamikla tak pegang-pegang pun, duduk berdua-duaan pun tak pernah. Janganlah ingat orang yang couple ni semuanya salah.
Itulah manusia. Kadangkala soalan yang ditanya, mereka sendiri yang menjawabnya. Betul ke couple ni haram? jawapannya mudah, tepuk dada tanya iman anda! mukmin yang sejati dan taat apabila hatinya diketuk oleh apa sekalipun ia akan tetap teguh dan setia pada pendiriannya. memang benar hati ini sentiasa berbolak balik oleh arus kehidupan dunia tapi di mana letaknya iman sekiranya kita terlalu mudah kecundang? Firman Allah mafhumnya: 'janganlah kamu mendekati zina,kerana ia akan membawa kamu ke lembah kehinaan dan kehancuran'. sebagai manusia yang mempunyai akal yang sempurna, kita pasti dapat menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan itu bukan? mengapa Allah meletakkan perkataan janganlah pada ayat itu? Allah menjadikan manusia supaya berbuat yang ma'aruf dan meninggalkan yang mungkar. apabila Allah meletakkan janganlah, itu telah menunjukkan satu suruhan dan larangan. ayat yang sangat hebat dari sudut maknanya yang tersurat dan tersirat. walaubagaimana pun kita janganlah menjadikan perkara itu sebagai satu senda gurau. sebenarnya ayat ini sangat sinonim dengan kehidupan kita. ayat yang mudah disebut tapi sukar untuk diamalkan dan dihayatinya. Allahu Akbar! dunia hari ini terlalu sakit. manusia hari ini sangat jahil dan daif. gejala zina berleluasa dengan bukti yang terlihat, anak-anak kecil di buang, dicampak, ditanam, dibunuh. apa dosa mereka? merekakah yang berzina? merekakah yang berdosa? sungguh kejam manusia hari ini dengan ketandusan ilmu agama bahkan lebih teruk orang yang berilmu sendiri melakukannya..wa'iyazubillah. islam mengharamkan couple bukanlah untuk menyekat fitrah manusia. bukan untuk menyeksa batin umatnya tapi untuk mempertahankan syariat Allah s.w.t. Ingatlah sahabat-sahabat janganlah risau andai kalian tidak mendapat gelaran girlfriend/ boyfriend orang, janganlah malu berada dalam kalangan orang yang berpunya dan janganlah takut andai diri tidak laku seperti dalam lagu wali itu. Janji Allah pasti terpatri ' perempuan yang baik hanyalah dijodohkan dengan lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya'. Bukan mudah menjadi insan yang soleh dan solehah seperti para syuhada' yang dijanjikan syurga akan tetapi ianya sukar didunia, diakhirat syafaat menanti..Insyaallah..amin..