Monday, December 26, 2011

Ambang Peperiksaan, bersedia @ tidak?

Mat: Assalamualaikum, din.
Din: wa'alaikumussalam, oh mat. ape cite?
Mat: urm, cite pe nye time-time exam ni cite study jela..
Din: ala relek ar mat, kau kan dah pandai tak yahla study sangat..buat biasa sudah..
Mat: memangla boleh buat biasa je tapi aku risau jugak kalau tak dapat best sem ni.
Din: urm yela aku paham tapi aku nasihatkan janganlah asyik study sampai abaikan tanggungjawab kau..
Mat: tanggungjawab? ape maksud kau? study ni kan tanggungjawab aku, mane ade aku abaikan..
Din: sekarang ni aku jarang nengok ko kat surau.yela mane tak nye asyik duduk kat bilik je study..
Mat: alamak din, aku bukan tak nak pegi surau tapi yela pada aku bila solat jemaah tu lama sangat nk tunggu,kalo aku solat sorang baru 5 minit. pastu aku da bleh start study smula.kalau jemaah ni nak kena tunggu orang lain datang, lambatla..
Din: ish mat janganla cam tu mat, kalau nak dapat dunia kita kena kejar akhirat dulu.kau lupa ke segala rezeki yang kita dapat kat dunia ni Allah yang bagi.memang aku tahu dan yakin kalau kita berusaha kita mesti dapat tapi kalau usaha tak disertakan dengan doa dan tawakal pun tak jadi jugak.
Mat: Alah din,aku tak solat jemaah time exam je,nanti bile da abis exam ak solatla jemaah semula.lagi pun aku tiap-tiap hari buat solat hajat.
Din: Mat, yang wajib tu lagi afdal dibuat berbanding yang sunat. aku tahu kau nak yang terbaik untuk exam sem ni tapi jangan sampai dunia tak dapat akhirat keciciran..bahaya tu mat..

        Wahai sahabat, itulah lumrah pelajar di ambang peperiksaan. mungkin ada yang sudah bersedia tapi ada juga yang tidak bersedia. bukan mereka tak bersedia sebab tak study atau melakukan aktiviti yang tak berfaedah akan tetapi mereka tidak bersedia dari segi minda orang yang berjaya. orang yang berjaya mereka akan memandang ke hadapan dengan lebih jauh berbanding orang yang kurang berjaya hanya akan memandang matlamat pada jarak yang sederhana. prinsip orang yang berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari seterusnya lebih baik dari hari yang sebelumnya. sahabat-sahabatku, janganlah dek kerana exam akhirat diabaikan. belajar kerana Allah dengan harapan mendapat ilmu yang bermanfaat dan diberkati. sijil hanyalah alat pengukur pencapaian dunia akan tetapi tiket untuk ke akhirat segala amalan soleh didunia yang tidak disangka-sangka, syurga abadi itu jauh lebih hebat dari segala jenis kejayaan didunia ini..fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
semoga berjaya!Allahumaftah alaik!!!amin....