Hidupku terasa kosong,pertama kali berada diasrama,aku seolah-olah tidak tahu bagaimana untuk memilih kawan yang betul.Aku senang berkawan dengan sesiapa sahaja kerana aku berpegang pada prinsip,"berkawan biar ramai,musuh jangan dicari". Aku semakin tidak suka melakukan ibadah-ibadah sunat yang sebelum ini ak selalu lakukan. Aku juga kerap melanggar peraturan asrama kerana terlalu mengikut kawan-kawan yang tidak memberikan manfaat kepada diriku. Aku terasa mulai hilang semangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti ibadah yang dijalankan diasrama sehinggalah aku bertemu dengan seorang sahabat yang membawaku ke gedung harapan iaitu usrah.
Semasa di sekolah mnengah dahulu,aku paling tidak suka untuk join usrah sebab aku merasa usrah sangat membosankan.Banyak bertanya tentang pendapat dan sebagainya. Sehingga satu ketika aku dimarahi oleh ustazah kerana tidak menyertai usrah. Benarlah Allah itu Maha Agung dan Maha Hebat kerana Dia menciptakan sesuatu itu dengan sekecil-kecil kejadian tetapi manfaatnya sungguh besar bagi sesiapa yang mengambil iktibar dari ciptaan tersebut. Aku dipertemukan dengan seorang sahabat yang sebelumnya aku kurang mengenalinya.Seolah-olah dia menghulurkan tangan kapadaku untuk mengajakku ke tempat baru. Tempat yang aku sendiri tercari-cari dan tidak tahu dimana akan aku temui. Allah membuka hatinya untuk bersahabat denganku tanpa disedari.
Setelah itu,kami mulai rapat dan banyak ilmu yang dikongsikan bersama sehingga ada yang cemburu dengan keakraban persahabatan kami,masyaAllah. Mulai pada itu juga,aku merasakan semakin tenang kerana Allah telah mengembalikan roh aku yang dahulunya hilang melalui seorang sahabat seperti dia. Setiap masalah dikongsi bersama,banyak masalah dan rahsianya yang aku simpan kerana dia seorang yang senang meluahkan perasaan tidak seperti aku. Akan tetapi aku senang kerana cuba menjadi seorang pendengar yang baik walaupun kadang-kadang aku tidak tahu bagaimana untuk membantunya. Persahabatan kami terlalu singkat,akan tetapi keberkatan yang Allah berikan berkekalan sehingga hari ini,insyaAllah. Aku mengucapkan syukran kasiran kepada sahabat yang telah memberiku satu harapan baru dalam kehidupan semasa itu,kini dan selamanya,insyaAllah.
Ya Allah berilah kebahagiaan kepadanya sebanyak-banyaknya. Rahmatilah kedua orang tuanya dan berkatilah kehidupannya dunia dan akhirat. Buat yang teristimewa Nur Fadhilah Ali..sahabat sejati selalu disisi..Afwan wa Syukran a'la kulli hal..Uhibbuki fillah!
No comments:
Post a Comment