Monday, December 26, 2011

Ambang Peperiksaan, bersedia @ tidak?

Mat: Assalamualaikum, din.
Din: wa'alaikumussalam, oh mat. ape cite?
Mat: urm, cite pe nye time-time exam ni cite study jela..
Din: ala relek ar mat, kau kan dah pandai tak yahla study sangat..buat biasa sudah..
Mat: memangla boleh buat biasa je tapi aku risau jugak kalau tak dapat best sem ni.
Din: urm yela aku paham tapi aku nasihatkan janganlah asyik study sampai abaikan tanggungjawab kau..
Mat: tanggungjawab? ape maksud kau? study ni kan tanggungjawab aku, mane ade aku abaikan..
Din: sekarang ni aku jarang nengok ko kat surau.yela mane tak nye asyik duduk kat bilik je study..
Mat: alamak din, aku bukan tak nak pegi surau tapi yela pada aku bila solat jemaah tu lama sangat nk tunggu,kalo aku solat sorang baru 5 minit. pastu aku da bleh start study smula.kalau jemaah ni nak kena tunggu orang lain datang, lambatla..
Din: ish mat janganla cam tu mat, kalau nak dapat dunia kita kena kejar akhirat dulu.kau lupa ke segala rezeki yang kita dapat kat dunia ni Allah yang bagi.memang aku tahu dan yakin kalau kita berusaha kita mesti dapat tapi kalau usaha tak disertakan dengan doa dan tawakal pun tak jadi jugak.
Mat: Alah din,aku tak solat jemaah time exam je,nanti bile da abis exam ak solatla jemaah semula.lagi pun aku tiap-tiap hari buat solat hajat.
Din: Mat, yang wajib tu lagi afdal dibuat berbanding yang sunat. aku tahu kau nak yang terbaik untuk exam sem ni tapi jangan sampai dunia tak dapat akhirat keciciran..bahaya tu mat..

        Wahai sahabat, itulah lumrah pelajar di ambang peperiksaan. mungkin ada yang sudah bersedia tapi ada juga yang tidak bersedia. bukan mereka tak bersedia sebab tak study atau melakukan aktiviti yang tak berfaedah akan tetapi mereka tidak bersedia dari segi minda orang yang berjaya. orang yang berjaya mereka akan memandang ke hadapan dengan lebih jauh berbanding orang yang kurang berjaya hanya akan memandang matlamat pada jarak yang sederhana. prinsip orang yang berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari seterusnya lebih baik dari hari yang sebelumnya. sahabat-sahabatku, janganlah dek kerana exam akhirat diabaikan. belajar kerana Allah dengan harapan mendapat ilmu yang bermanfaat dan diberkati. sijil hanyalah alat pengukur pencapaian dunia akan tetapi tiket untuk ke akhirat segala amalan soleh didunia yang tidak disangka-sangka, syurga abadi itu jauh lebih hebat dari segala jenis kejayaan didunia ini..fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
semoga berjaya!Allahumaftah alaik!!!amin....

Wednesday, November 2, 2011

katakan tak nak pada 'couple'

Kenapa tak boleh couple ke? ala couple je bukan buat maksiat pun. Kitorang couple islamikla tak pegang-pegang pun, duduk berdua-duaan pun tak pernah. Janganlah ingat orang yang couple ni semuanya salah.

Itulah manusia. Kadangkala soalan yang ditanya, mereka sendiri yang menjawabnya. Betul ke couple ni haram? jawapannya mudah, tepuk dada tanya iman anda! mukmin yang sejati dan taat apabila hatinya diketuk oleh apa sekalipun ia akan tetap teguh dan setia pada pendiriannya. memang benar hati ini sentiasa berbolak balik oleh arus kehidupan dunia tapi di mana letaknya iman sekiranya kita terlalu mudah kecundang? Firman Allah mafhumnya: 'janganlah kamu mendekati zina,kerana ia akan membawa kamu ke lembah kehinaan dan kehancuran'. sebagai manusia yang mempunyai akal yang sempurna, kita pasti dapat menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan itu bukan? mengapa Allah meletakkan perkataan janganlah pada ayat itu? Allah menjadikan manusia supaya berbuat yang ma'aruf dan meninggalkan yang mungkar. apabila Allah meletakkan janganlah, itu telah menunjukkan satu suruhan dan larangan. ayat yang sangat hebat dari sudut maknanya yang tersurat dan tersirat. walaubagaimana pun kita janganlah menjadikan perkara itu sebagai satu senda gurau. sebenarnya ayat ini sangat sinonim dengan kehidupan kita. ayat yang mudah disebut tapi sukar untuk diamalkan dan dihayatinya. Allahu Akbar! dunia hari ini terlalu sakit. manusia hari ini sangat jahil dan daif. gejala zina berleluasa dengan bukti yang terlihat, anak-anak kecil di buang, dicampak, ditanam, dibunuh. apa dosa mereka? merekakah yang berzina? merekakah yang berdosa? sungguh kejam manusia hari ini dengan ketandusan ilmu agama bahkan lebih teruk orang yang berilmu sendiri melakukannya..wa'iyazubillah. islam mengharamkan couple bukanlah untuk menyekat fitrah manusia. bukan untuk menyeksa batin umatnya tapi untuk mempertahankan syariat Allah s.w.t. Ingatlah sahabat-sahabat janganlah risau andai kalian tidak mendapat gelaran girlfriend/ boyfriend orang, janganlah malu berada dalam kalangan orang yang berpunya dan janganlah takut andai diri tidak laku seperti dalam lagu wali itu. Janji Allah pasti terpatri ' perempuan yang baik hanyalah dijodohkan dengan lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya'. Bukan mudah menjadi insan yang soleh dan solehah seperti para syuhada' yang dijanjikan syurga akan tetapi ianya sukar didunia, diakhirat syafaat menanti..Insyaallah..amin..