Tuesday, December 11, 2012

As'ilah fil Qalbi (Persoalan hati)





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam kerinduan buat para sahabat,

Maaf andai diri ini khilaf dalam penulisan,
Kadangkala akur dengan kehidupan,
Semoga Allah memberi keinsafan,
Di dalam diri yang penuh dengan kedaifan..

Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahu Akbar!
La haula wala quata illa billah al-A'li al-Azhim...

Zikir itu untuk penyucian hati dan rohani seseorang hamba bagi mendapatkan ketenangan dari Sang Khaliq.

Wahai sahabat,
Hati kita sering gundah gulana.
Jiwa kita selalu hidup meronta.
Adakala membuas entah ke mana.
Pernah kita terfikir untuk lari dari kehidupan,
Pernah juga merasa kosong tiada berteman,
Akan tetapi kita lupa akan kuasa Tuhan yang penuh keajaiban.

Wahai sahabat,
Di mana kecelakaan?!
Di mana kesengsaraan?!
Di mana kelukaan?! yang kita rasai,
seperti mana yang di hadapi oleh saudara kita di Syria, Palestin, Rohingya dan negara-negara lain yang ditindas.
Sakitkah kita seperti mereka?
pedihkah hati kita seperti mereka?
apabila segalanya direnggut oleh rejim yang di laknat Allah..

Wahai sahabat,
Rakyat Palestin saban tahun menangis,
airmata mereka tiada henti umpama air gunung yang mengalir,
menangis kerana Kiblat pertama umat Islam bakal ditakluk oleh zionis,
apakah pantas kita pula menangis kerana perkara yang tiada manfaat hulu dan hilir?

Wahai sahabat,
Mampukah kita memegang senjata?
kuatkah kita solat di malam gelita?
kayakah kita zakat berjuta?
Bolehkah kita jihad melata?
Andai jawapannya tidak, apakah kemampuan kita untuk agama?

Wahai sahabat,
Andai diri alpa,
Andai diri leka,
Andai diri lupa,
Andai diri tiada siapa,
Ingatlah Allah sebagai Pencipta.

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"



Sunday, March 18, 2012

Rawat software cantikkan hardware!

Assalamualaikum...para pembaca yang dimuliakan...

software: spiritual, akal, hati (perasaan)
hardware: jasad
     
     Semua orang di dunia ni nak jadi baik. tak kiralah orang tu bangsa apa, agama apa mesti mereka nak jadi orang yang baik. tak ada satu agama pun dalam dunia ni yang ajar pengikutnya untuk jadi orang jahat. kalau kecil-kecil dulu cikgu tanya, dah besar nanti awak nak jadi apa? mesti semuanya nak jadi orang yang hebat. ada yang nak jadi doktor,engineer,peguam,dan macam-macam lagilah. tak ada pun yang cakap nak jadi penyamun ke,penagih atau peragut. semua tu sebab fitrah manusia. Allah jadikan manusia ni fitrahnya memang sebagai seorang yang baik. ni menunjukkan Allah tu maha Adil. Dia tak bezakan pun, kalau orang Islam mesti baik, orang kafir pula jahat.
     Apa yang ingin saya highlight disini berkenaan dengan sikap manusia masa kini. zaman demi zaman silih berganti. dunia akhir zaman ni semakin pelik dan aneh. kenapa? dunia akhir zaman tu tak pelik tapi apa yang peliknya manusia yang hidup zaman ni. mereka seolah-olah telah kembali pada era zaman dahulu, zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. disini saya ingin tekankan kepada umat Islam khususnya bangsa melayu yang semakin hilang arah dan hala tujunya. mereka umpama boneka yang hanya statik dan tidak dapat melakukan apa-apa. bangsa melayu hari ini tiada matlamat dan agenda hidup. saya minta maaf sekiranya apa yang saya perkatakan ini agak serius dan membuatkan sebilangan orang yang marah, akan tetapi ini juga peringatan buat diri penulis.
     kenapa umat islam yang berbangsa melayu khususnya tiada agenda hidup? sebagai seorang mahasiswa, saya lebih suka untuk bercakap dalam konteks mahasiswa itu sendiri. mahasiswa hari ini lebih gemar mengejar cita-cita jangka pendek. setiap hari rutin hidup mereka pergi kuliah, makan, tidur, facebook, twitter, skype, baca buku dan menonton movie. kalau tidak pun hujung minggu mereka akan hang out bersama kawan-kawan untuk mereleasekn tension katanya. tension?! perlu ke kita merasakan tension dengan kehidupan yang serba mewah dan indah seperti itu? berbanding orang lain khususnya sahabat-sahabat seIslam di Syria, Palestin mereka merana tiada makanan, tempat tinggal dan hidup mereka tidak aman kerana hampir setiap hari mendengar bunyi letupan dan berita kematian. ya Allah, sanggup kita bahagia diatas kesengsaraan orang lain? walaupun kita jauh daripada mereka, sudah lupakah kalian umat Islam mempunyai senjata yang sangat hebat dan canggih dari machine gun, bom dan juga kereta kebal zionis iaitu doa?
    sahabat, hidup kita ada penghujung mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin dua ke tiga jam lagi nyawa kita akan melayang. sudahkah cukup amalan yang kita lakukan? sudahkah kita bersedia untuk dikafankan, dikebumikan dan di soal oleh malaikat mungkar dan nakir? ramai yang menyatakan kehidupan dunia hanya sebentar dan yang kekal diakhirat. ya memang betul, itu bukan kata-kata kebanyakan orang tetapi itu adalah kata-kata Allah di dalam al-quran. sejauhmanakah kita merasakan dunia ini sementara walhal kita masih mengejar kemewahan dan harta dunia? tidakkah kita merasa ingin melihat syurga Allah? atau mungkin pernah terfikir tetapi tidak pernah berusaha untuk mendapatknnya umpama menunggu makanan yang disuapkan ke mulut.
   Bangkitlah wahai umat!!!
   masa tidak menunggumu.
   kawan-kawan disekeliling hanya melihat jasadmu mereka tidak dapat menolong rohmu.
   marilah islah diri, baiki diri, selami diri, muhasabah diri semoga kita tidak terus alpa sehingga nafas yang    terakhir.
   
   

Monday, February 27, 2012

Basahkan lidahmu dengan Kalamullah...

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat juga saya meluangkan masa untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan sahabat semua. rindu dengan sahabat-sahabat kerana Allah. rindu juga pada blog sejenak selami jiwa kerana tidak dapat berbulan madu bersamanya sejak kebelakangan ini. 
     Sahabat, hidup ini umpama mimpi yang hanya seketika indahnya di alam fantasi lena yang membuai. kadangkala ramai manusia yang alpa bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. seperti fiman Allah dalam surah al-Ankabut: 64, yang bermaksud " ...dan kehidupan manusia di dunia hanya permainan dan senda gurau. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya. sekiranya mereka mengetahui."  jelas Allah menunjukkan dalam ayat ini bahawa tiada tempat yang kekal abadi melainkan akhirat. saya berasa sangat kesal dengan umat Islam hari ini kerana keterlanjuran yang mereka lakukan hanya akan menempah kecelakaan kepada diri mereka sendiri. mungkin apa yang dilakukan itu merupakan satu perkara yang menyeronokkan akan tetapi sejauh manakah keseronokan itu dirasai?
      Ada seorang sahabat pernah bertanya kepada saya, benarkah kiamat berlaku pada 2012? masyaAllah lidah saya terkelu untuk menjawabnya. Hanya Allah yang tahu kebenarannya. bahkan Nabi s.a.w sendiri juga tidak tahu bilakah kiamat itu akan berlaku. Allah juga ada berfirman sekiranya kamu (Muhammad) ditanya bilakah kiamat itu akan berlaku, katakanlah hanya Allah yang tahu rahsia itu. Benar kita wajib beriman kepada hari kiamat kerana itu merupakan salah satu daripada rukun iman dan kita juga wajib beriman kepada alam ghaib. bukankah kiamat itu perkara ghaib? akan tetapi Allah menyuruh kita percaya dan yakin bukan untuk mengkaji dan menunggu kiamat itu tanpa apa-apa bekalan yang kita harus bawa untuk mengadap Allah di akhirat kelak.
     Sahabat-sahabat di sini saya mahu kongsikan satu kata-kata yang saya dapat daripada seorang ustaz di sekolah menengah dahulu, Madrasah Arabiah Kluang (MAK). ustaz ini seorang yang sangat garang dalam kalangan pelajar lelaki kerana beliau sangat tegas dalam soal disiplin. Ustaz Abdul Rahim Yacob merupakan guru disiplin di MAK pada tahun 2006 dan 2007 kalau saya tidak silap. beliau sering berucap di tajammuk (perhimpunan) pada setiap hari isnin di sekolah, di kawasan yang dipanggil dataran Ibnu Khaldun. Satu kata-kata yang ringkas tetapi sangat bermakna yang saya ambil dan praktikkan dalam kehidupan saya. ucapan beliau, " bacalah al-quran walaupun satu ayat pada setiap hari dan celakalah pada keseluruhan harinya bagi sesiapa yang tidak membaca al-quran pada hari itu." saya sangat tersentap dengan kata-kata itu. ketika itu saya di tingkatan empat. maksud bacalah al-quran walaupun satu ayat itu bukanlah bacaan di dalam solat akan tetapi bacaan al-quran yang memang kita khususkan masa untuk membacanya. satu ayat yang dibaca dalam surah-surah al-quran itu mendapat pahala yang besar disisi Allah apatah lagi kalau sekiranya kita membacanya dalam jumlah yang banyak. MasyaAllah sayangnya Allah kepada kita.
     Mungkin ada yang menyatakan, "saya tidak pandai mengaji. ustaz cakap kalau mengaji tidak mengikut tajwid berdosa." Sahabat-sahabat, Allah itu maha Pengampun. Dia tahu kelemahan hamba-hambanya. janganlah risau andai diri tidak tahu mengaji,janganlah bimbang andai diri berdosa sekiranya tersalah membaca al-quran. bahkan kesalahan tidak membaca al-quran itu lebih besar berbanding membacanya dengan tajwid yang salah. pernahkah kita terfikir berapa banyak dosa yang kita lakukan seharian tanpa memikirkan al-Khaliq  (Allah). pernahkah apabila kita membuat sesuatu maksiat seperti mengumpat, kita memikirkan tentang dosa sedangkan ianya memang jelas berdosa. Allah juga ada berfirman tentang manusia yang mengumpat umpama memakan daging/bangkai saudaranya sendiri. sungguh jijik bukan?tapi berapa ramai manusia yang bergosip sana sini dan membuka aib orang lain. bayangkan berapa banyak bangkai saudara kita yang telah kita mamah? masyaAllah, na'uzubillah..
      Sahabat-sahabat, marilah kita bersama-sama mengimarahkan al-quran walau dimana kita berada. sama ada di rumah, kolej, hatta semasa travel pun kita mesti membawa al-quran bersama. membawa al-quran dan membaca serta menghayati isi kandungannya. al-Quran adalah ayat-ayat cinta daripada Allah. ramai yang ber'couple' tak henti-henti membaca dan mengulang kata-kata yang diberikan oleh kekasihnya sama ada melalui emel, fb atau sms. sungguh bahagia apabila membaca kata-kata tersebut akan tetapi mengapa rasa bahagia itu tiada semasa membaca ayat-ayat cinta Allah? bukankah Allah itu lebih tinggi dari segala-galanya yang ada dibumi ini. Allah ada berfirman, " janganlah kamu mencintai anak-anak kamu,isteri/suami kamu,harta benda kamu,dan segala nikmat dunia ini lebih dari kamu mencintai Allah. maka celakalah bagi sesiapa yang berbuat demikian." carilah guru yang dapat membantu kita untuk mahir membaca al-quran. kalau takut tersalah,minta sahabat-sahabat yang boleh mendengar bacaan kita. jangan malu,jangan segan sebab dalam menggapai cinta dan redha Allah kita tidak perlu malu kerana malu itu tidak akan membantu kita sedikitpun. bahkan kita pula akan ditanya di akhirat nanti mengapa kita tidak mahu berusaha mencari guru dan bertadarus..
     Akhir kalam, al-quran itu indah dan tiada yang lebih indah darinya. janji-janji Allah itu benar dan tiada yang lebih benar dalam menabur janji selainNya. percayalah pada janji manis Allah melalui Al-quran kerana ia datang dari Luh Mahfuz, satu tempat yang tidak akan ada manusia biasa yang tahu bagaimana rupanya tempat tersebut. segala perkara ghaib yang datang tanpa sebab (seperti tiada kesan tentang ciptaannya,akan tetapi Allah lah yang maha Tahu segalanya) asalnya dari tempat rahsia Allah ta'ala.

JOM BACA QURAN!!!

     
      

Friday, January 13, 2012

Ukhuwah Fillah

Petang ini terasa sungguh nyaman dek dihembus angin sepoi-sepoi dengan diiringi gerimis senja yang membasahi bumi..Tiba-tiba teringat pada sahabat-sahabat yang jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati kerana ukhuwah yang dibina atas nama Allah s.w.t,insyaAllah.
       Ketika itu aku seorang pelajar tingkatan enam rendah yang baru pertama kali merasa suasana hidup diasrama.Mula-mula kehidupanku sepi,kawan-kawan ramai yang mendekati tapi semuanya masih samar-samar untuk digelar sebagai sahabat sejati.Pernah dulu ak punyai sahabat sejati tapi dia sudah jauh disisi. Hidup mesti diteruskan walaupun hatiku merasa sangat kekok,maklumlah budak tak pernah duduk asrama,terasa macam diri ini baru tingkatan satu tapi sebenarnya sudah layak digelar sebagai seorang isteri. Hari demi hari kulalui,pergi ke kelas,makan di dewan,tidur dalam dorm bersama kawan-kawan tapi aku masih belum merasakan diriku ini punyai sahabat sejati.Benar aku berukhuwah kerana Allah,aku sangat sayang kepada kawan-kawan seperjuanganku yang bertahun-tahun setia menjadi kawan dalam berjuang pada jalan Allah.
       Hidupku terasa kosong,pertama kali berada diasrama,aku seolah-olah tidak tahu bagaimana untuk memilih kawan yang betul.Aku senang berkawan dengan sesiapa sahaja kerana aku berpegang pada prinsip,"berkawan biar ramai,musuh jangan dicari". Aku semakin tidak suka melakukan ibadah-ibadah sunat yang sebelum ini ak selalu lakukan. Aku juga kerap melanggar peraturan asrama kerana terlalu mengikut kawan-kawan yang tidak memberikan manfaat kepada diriku. Aku terasa mulai hilang semangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti ibadah yang dijalankan diasrama sehinggalah aku bertemu dengan seorang sahabat yang membawaku ke gedung harapan iaitu usrah.
      Semasa di sekolah mnengah dahulu,aku paling tidak suka untuk join usrah sebab aku merasa usrah sangat membosankan.Banyak bertanya tentang pendapat dan sebagainya. Sehingga satu ketika aku dimarahi oleh ustazah kerana tidak menyertai usrah. Benarlah Allah itu Maha Agung dan Maha Hebat kerana Dia menciptakan sesuatu itu dengan sekecil-kecil kejadian tetapi manfaatnya sungguh besar bagi sesiapa yang mengambil iktibar dari ciptaan tersebut. Aku dipertemukan dengan seorang sahabat yang sebelumnya aku kurang mengenalinya.Seolah-olah dia menghulurkan tangan kapadaku untuk mengajakku ke tempat baru. Tempat yang aku sendiri tercari-cari dan tidak tahu dimana akan aku temui. Allah membuka hatinya untuk bersahabat denganku tanpa disedari.
       Setelah itu,kami mulai rapat dan banyak ilmu yang dikongsikan bersama sehingga ada yang cemburu dengan keakraban persahabatan kami,masyaAllah. Mulai pada itu juga,aku merasakan semakin tenang kerana Allah telah mengembalikan roh aku yang dahulunya hilang melalui seorang sahabat seperti dia. Setiap masalah dikongsi bersama,banyak masalah dan rahsianya yang aku simpan kerana dia seorang yang senang meluahkan perasaan tidak seperti aku. Akan tetapi aku senang kerana cuba menjadi seorang pendengar yang baik walaupun kadang-kadang aku tidak tahu bagaimana untuk membantunya. Persahabatan kami terlalu singkat,akan tetapi keberkatan yang Allah berikan berkekalan sehingga hari ini,insyaAllah. Aku mengucapkan syukran kasiran kepada sahabat yang telah memberiku satu harapan baru dalam kehidupan semasa itu,kini dan selamanya,insyaAllah.
      Ya Allah berilah kebahagiaan kepadanya sebanyak-banyaknya. Rahmatilah kedua orang tuanya dan berkatilah kehidupannya dunia dan akhirat. Buat yang teristimewa Nur Fadhilah Ali..sahabat sejati selalu disisi..Afwan wa Syukran a'la kulli hal..Uhibbuki fillah!