Tuesday, December 11, 2012

As'ilah fil Qalbi (Persoalan hati)





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam kerinduan buat para sahabat,

Maaf andai diri ini khilaf dalam penulisan,
Kadangkala akur dengan kehidupan,
Semoga Allah memberi keinsafan,
Di dalam diri yang penuh dengan kedaifan..

Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahu Akbar!
La haula wala quata illa billah al-A'li al-Azhim...

Zikir itu untuk penyucian hati dan rohani seseorang hamba bagi mendapatkan ketenangan dari Sang Khaliq.

Wahai sahabat,
Hati kita sering gundah gulana.
Jiwa kita selalu hidup meronta.
Adakala membuas entah ke mana.
Pernah kita terfikir untuk lari dari kehidupan,
Pernah juga merasa kosong tiada berteman,
Akan tetapi kita lupa akan kuasa Tuhan yang penuh keajaiban.

Wahai sahabat,
Di mana kecelakaan?!
Di mana kesengsaraan?!
Di mana kelukaan?! yang kita rasai,
seperti mana yang di hadapi oleh saudara kita di Syria, Palestin, Rohingya dan negara-negara lain yang ditindas.
Sakitkah kita seperti mereka?
pedihkah hati kita seperti mereka?
apabila segalanya direnggut oleh rejim yang di laknat Allah..

Wahai sahabat,
Rakyat Palestin saban tahun menangis,
airmata mereka tiada henti umpama air gunung yang mengalir,
menangis kerana Kiblat pertama umat Islam bakal ditakluk oleh zionis,
apakah pantas kita pula menangis kerana perkara yang tiada manfaat hulu dan hilir?

Wahai sahabat,
Mampukah kita memegang senjata?
kuatkah kita solat di malam gelita?
kayakah kita zakat berjuta?
Bolehkah kita jihad melata?
Andai jawapannya tidak, apakah kemampuan kita untuk agama?

Wahai sahabat,
Andai diri alpa,
Andai diri leka,
Andai diri lupa,
Andai diri tiada siapa,
Ingatlah Allah sebagai Pencipta.

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"



No comments:

Post a Comment